Another excellent Edublogs.org weblog

Sep
02

Rahsia Berpuasa Mengikut Saintifik

Filed Under (Berita Semasa) by on 2 September, 2008 and tagged
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada episod lalu Mukjizat Saintifik memperkatakan kebaikan yang ada pada amalan berpuasa berdasarkan kepada ayat ke 184 dalam surah al-Baqarah yang berbunyi:
“dan berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.”
Pada kali ini Mukjizat Saintifik akan memperkatakan satu lagi pembongkaran berdasarkan kepada kalam atau pun sabda Nabi yang yang di utus oleh Tuhan untuk menyampaikan al-Quran. Sabdanya bermaksud:

“Apabila seseorang dari kalangan kamu berbuka, maka hendaklah dia berbuka dengan tamar. Jika dia tidak ada, maka hendaklah dia berbuka dengan air kerana ia adalah penyuci.” (Diriwayatkan oleh Abu Daud, kitab Puasa, nombor 2355 dan At-Tirmizi, kitab Sedekah, nombor 658)
Timbul persoalan di sini….
mengapa perlu tamar sebagai santapan pertama ketika berbuka puasa? Jawapannya ada pada buku “Puasa, Hikmah dan Hukum menurut Islam dan Perspektif Sains Moden” karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani. Mari kita sama-sama telusurinya.

Dalam muka surat 32 ada dinyatakan rahsia berbuka puasa dengan tamar. Ianya berbunyi:

“Tamar dikira makanan yang paling kaya dengan gula glukosa. Oleh itu, ia dikira sebagai makanan terbaik yang dibekalkan kepada tubuh pada ketika itu. Ia mengandungi kadar nisbah gula yang tinggi yang berkitar di antara 75-87% iaitu 55% glukosa dan fruktosa sebanyak 45%. Fruktosa akan bertukar kepada glukosa dengan kecepatan yang tinggi dan ia akan diserap secara langsung melalui sistem penghadaman bagi melegakan kehausan tubuh.Begitu juga vitamin-vitamin yang terkandung dalam tamar. Kesemuanya mempunyai peranan yang aktif terhadap proses pembentukan makanan dan ia juga mempunyai kesan penenang terhadap saraf-saraf.”

Jelas sekali sabda Rasul utusan Tuhan. Kebenarannya terbukti oleh eksperimen sains yang dilakukan di zaman ini. Sedangkan ketika sabda itu berlangsung, tiada langsung peralatan yang bertujuan untuk mengkaji khasiat tamar. Benar sekali sabda Rasul adalah wahyu Tuhan, Pencipta buah tamar dan sekalian alam.

Teruskan bersama kami untuk pembongkaran yang lebih mendebarkan…

Pada episod lepas, Mukjizat Saintifik membongkar hikmah disebalik pensyariatan puasa. Mukjizat Saintifik juga ada mendedahkan “kebaikan” dalam amalan berpuasa seperti mana yang ditegaskan dalam ayat al-Quran. Hikmah dan kebaikan berpuasa ada kaitan dengan penyingkiran bahan-bahan toksik dalam tubuh serta peningkatan kadar metabolisme kepada mereka yang berpuasa. Episod kali ini, Mukjizat Saintifik akan mendedahkan dua lagi hikmah dan kebaikan di sebalik amalan berpuasa.

Menurut buku Puasa, Hukum dan Hikmah menurut Islam dan Perspektif Sains Moden karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani, terbitan Teguh Iman Resources, puasa boleh menyebabkan berlakunya pembaharuan sel. Sel-sel yang ada dalam tubuh manusia sentiasa bertukar ganti. Apabila berlaku kematian sel, sel baru akan terbentuk dan proses ini sentiasa berlaku selagi manusia tadi bernyawa. Bilangan sel yang mati dalam satu saat mencecah sehingga 125,000,000 sel dan jumlah sel pengganti melebihi dari sel yang mati itu. Asid amino yang merupakan elemen penting dalam pembentukan sel dalam tubuh manusia menjadi semakin aktif disebabkan amalan berpuasa. Oleh demikian pembaharuan sel menjadi semakin cepat dan sempurna.

Selain itu puasa juga boleh mencegah seseorang itu daripada penuaan. Menurut sebuah majalah Britain yang berjudul Nature telah mendedahkan tentang kajian saintifik yang menunjukkan bahawa berlapar yang terancang atau separa (puasa); akan membawa kepada kecergasan gen-gen yang bertanggungjawab merembes hormon-hormon yang akan membantu sel-sel menentang proses penuaan terhadap manusia serta akan menambah keaktifan dan kecergasan tubuh.

Kajian tersebut juga telah menjelaskan bahawa puasa separa daripada makanan dan berlapar yang terancang boleh membawa kepada tindak balas yang menjadikan sel-sel menentang kematian dan hidup untuk jangka masa yang lebih panjang. Dalam erti kata lain, puasa boleh dijadikan sebagai ajen kepada awet muda.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada episod lalu, Mukjizat Saintifik ada memperkatakan tentang kebaikan yang terdapat pada amalan berpuasa. Perkara ini ditegaskan dalam kitab al-Quran yang merupakan “manual user” manusia yang disediakan Tuhan Pencipta manusia, kepada manusia.

Apakah kebaikan yang ada pada amalan berpuasa itu? Jawapannya ada pada ujikaji yang telah dijalankan oleh saintis barat. Satu uji kaji yang dijalankan terhadap manusia dan anjing di makmal biologi Universiti Chicago yang mana banyak dari hasil kajiannya dimuatkan di dalam Journal of Metabolic Research, telah menunjukkan bahawa berpuasa bagi jangka masa 30-40 hari akan menyebabkan kadar metabolisme bertambah sebanyak 5-6%.

Dr. Mac Fedan; beliau adalah dari kalangan ahli perubatan antarabangsa yang mengambil berat dalam kajian puasa dan kesan-kesannya berkata:

“Setiap manusia memerlukan kepada puasa sekalipun dia tidak sakit; kerana toksin-toksin makanan dan ubat berkumpul di dalam tubuh lalu menjadikannya seperti orang yang sakit dan memberatkannya, maka kecergasannya akan berkurangan. Apabila seseorang berpuasa, dia akan terlepas daripada bebanan toksin-toksin berkenaan dan dia akan merasai kecergasan dan kekuatan yang tidak dialami sebelum itu”

Anda teruja? Teruskan bersama kami untuk membongkar kebaikan berpuasa. Maklumat di atas adalah petikan dari buku terjemahan terbitan tim Mukjizat Saintifik yang berjudul “Puasa, Hikmah dan Hukum menurut Islam dan Perspektif Sains Moden” karangan Syeikh Abdul Majid al-Zindani.

Petikan dari : http://mukjizatsaintifik.blogspot.com/2007_09_01_archive.html.

Tajuk :Rahsia Mukjizat Rasul Terbongkar



3 Responses to “Rahsia Berpuasa Mengikut Saintifik”

  1.   Supra TK Society Says:

    I only lately started out leaving comments! Makes me consider a small way more about what I enjoyed and learned in regards to the post! Superb guidelines, thanks! by Supra TK Society.

  2.   nike shox saya Says:

    All progress is based upon a universal innate desire on the part of every organism to live beyond its income. (Samuel Butler, British writer)

  3.   nike air max 90 Says:

    Hello!!It is my horour to see you blog.Iam agree with you,Ithink friendship is very important,so we must have a lot friend,History repeated proof: friend, health than leadership than performance than IQ, eq, holiday greetings than usual, as an important than. Space than the ground is good, to visit friends, no tickets. If you want to buy a shoes, Please come here Nike Air Max 90
    Nike Air Max 90
    Ugg Classic Tall

Leave a Reply

Required fields are marked *.